(Gambar : kiri ke kanan,:
Syed abdullah, Tuan Azis dan Syed Moh Hafizd)
(Gambar : Dari kiri ke kanan,;
Syed Abdurrahman, Syed Abdullah, Syarifah Zainab dan Syed Ali,)
(Gambar :
Syed Osman Alqadrie yang mirip dengan Max Yusuf Alqadrie,
Putra Sultan Hamid.II )
Data hafizh
Alqadrie malaysia
Assalamualaikum wr wb,
Alqadrie malaysia
Assalamualaikum wr wb,
Abang Syed Abdullah, di sini, seperti yang telah dijanjikan
tadi, saya ingin beri silah yang telah diberitahu oleh nenek saya serta
keluarga saya. Silahnya seperti berikut.
Muhammed Hafiz bin Abdullah bin Osman bin Abdul Wahab bin
Muhammed Ali (@Mat Ali @ Ali Panjang)
Inilah senarai nama yang telah diberitahu oleh nenek saya,
Sharifah Zainab kepada saya. Abdul Wahab adalah seorang guru agama
yang mengajar agama di Pasir Panjang dan Katong, Singapura dan juga di pulau
Batam, Indonesia.
Bapa beliau, Muhammed Ali menetap di Batam. Kedua-dua
mereka, iaitu, Abdul Wahab dan Muhammed Ali, meninggal di Batam dan di kebumikan
di Batam. Datok saya, Osman, mempunyai seorang adik yang bernama Aziz.
Aziz ini adalah adik dari satu ibu lain bapa. Bapa Osman adalah
Abdul Wahab , manakala bapa Aziz adalah Long Yunus. Ibu kepada Osman, iaitu,
isteri kepada Abdul Wahab, bernama Fatimah.
Setelah Abdul Wahab meninggal
dunia, Fatimah kahwin dengan Long Yunus dan memperolehi beberapa orang anak termasuk
Aziz. Aziz inilah yang telah memberitahu
saya, Osman adalah seorang Syed.
Makcik saya, adik kepada bapa saya, yang
bernama Zaharah diberitahu oleh datok nya, bahawa asal usul beliau adalah dari
Pontianak.
Saya juga diberitahu, bahawa saya dari keturunan Syed Abdullah
dari Pontianak. Anak beliau bernama Syed Hussein (@Habib Mansur, @ Syed Syakeri,
@Syed Abdul Syukor) Syed Hussein inilah yang mempunyai anak bernama
Muhammed Ali.
Muhammed Ali ini berkahwin dengan seorang wanita yang
dikenali sebagai Leha dan dari perkahwinan ini, mendapat Abdul Wahab.
Saya sampilkan bersama email ini beberapa gambar keluarga saya.
Ada gambar datok saya, Osman yang mukanya itu mirip dengan Max Al Qadri.
Selain daripada itu juga, ada gambar adik beradik bapa saya bersama bapa
saya dan ibu kepada bapa saya, iaitu Sharifah Zainab.
Di gambar tersebut,
yang paling kiri adalah adik bapa saya yang bernama Abdul Rahman, disebelah Abdul Rahman adalah bapa saya yang bernama Abdullah. Di
sebelah bapa saya adalah ibu kepada bapa saya yang bernama Sharifah Zainab dan
sebelah Sharifah Zainab adalah adik kepada bapa saya yang bernama Ali.
Gambar yang akhirnya itu, adalah gambar bapa saya bersama Aziz, adik
kepada Osman dan juga saya, semasa lawatan Hari Raya Aidil fitri 2012.
Terima kasih atas perhatian yang diberikan oleh abang Syed
Abdullah mengenai silah saya ini. Kalau ada yang kurang mengerti, mohon
ditanyakan kepada saya melalui email ini, insya Allah.
Terima kasih sekali lagi.
W'salam
Muhammed Hafiz bin Abdullah