Minggu, 06 Februari 2011

Ba"alawy Malaysia

By : SAY Qadrie : Reportase Online

Profesor Sayyid Umar assegaf, AMN, 
Ketua Rabithah Alawiyah Malaysia)

Asyraaf Malaysia 2006



 
Prof. Madya Syed Omar As-Saggaf, AMN



Profesor Sayyid Umar assegaf, AMN, 
ketua Rabithah Alawiyah Malaysia)


 Akhwani & Akhwati...Assalamua'laikum… Ana bersyukur kepada Allah dengan berkat dan kurnianya, pihak Asyraaf dapat terbitkan "Buletin" ini. Ini ialah kerana Asyraaf baru saja ditubuhkan, namun dengan kebangkitan syababnya maka dapat menjalankan aktiviti dengan pesatnya termasuklah mewujudkan WEBSITE ini.


 Ini juga bertujuan mengingatkan kepada keluarga "Asyraaf (Ba-Alawi)" betapa pentingnya tugas serta tanggungjawab yang pernah dipikul oleh datuk nenek kita yang terdahulu untuk membuat kebajikan dan menyebarkan Islam diseluruh Nusantara ini.


 Kini tibalah giliran kita meneruskan usaha yang pernah dilakukan oleh mereka. Pesanan dari ana "Berbuatlah kebaikan sepertimana Allah menjadikan kita sebaik kejadian" Kita menubuhkan ASYRAAF ini, bukan bertujuan membanggakan keturunan atau meniup semangat perkauman atau mahu berlumba dengan sesiapa, tetapi ianya bertujuan untuk menghidupkan kembali warisan kebajikan yang pernah dilakukan oleh nenek moyang kita yang terdahulu. 


Kita mahu memupuk kembali Alawiyyin kita yang tercicir dalam arus kemodenan ini untuk membuat kebajikan semula. Nonek moyang kita dahulu terkenal dengan kegigihan, kesabaran dalam apa jua keadaan dan yaqin dengan taqdir Allah. 


Dengan sifat rendah diri, tawadduk, alim, ringan tulang dan berakhlak mulia maka mereka disenangi oleh masyarakat. Jika ada masalah dalam kampung, masyarakat mahu mereka menyelesaikan hinggakan lembu hilang pun orang bertanyakan mereka hatta anak menangis malam pun merekalah tempat mengadu.


 Tidak hairanlah kalau dulu raja-raja ditanah melayu ini mengambil penasihatnya dari kalangan Ba-Alawi. Maka secara rasionalnya nenek moyang kita menurut apa yang dibawa oleh Rasulullah saw. Mereka bukannya semua pendakwah yang berceramah di merata-rata tetapi kebanyakan mereka berdakwah melalui akhlak-akhlak yang baik selaras dengan kehendak Islam, maka masyarakat ketika itu amat mengasihi mereka. 


Apa jadi dengan Ba-Alawi hari ini?.... dimana nilai-nilai murni dalam berakhlak..? Ramai antara kita telah meninggalkan akhlak dan amalan Ba-Alawi, ini mengakibatkan Ba-Alawi dicemuh masyarakat dan tidak dihormati. Kita boleh perhatikan kesan-kesan kebajikan Ba-Alawi terdahulu yang masih tersergam hingga ke hari ini seperti, 


Madrasah Al-Junid (Singapura), Madrasah Alawiyyah (Perlis), Madrasah Al-Saggaf (Singapura), Madrasah Al-Attas (Johor), Madrasah Al-Mashor (P.Pinang) dan banyak lagi madrasah dan wakaf-wakaf lain yang mereka bina atas hasil titik peluh mereka. Dengan wujudnya madrasah tersebut, ramai ulama sudah terhasil dari usaha kebajikan mereka. Merekalah pencetus kelahiran ulama-ulama di alam melayu ini. 


 Oleh sebab itu kita memerlukan suatu Persatuan bagi menghidupkan kembali warisan Ba-Alawi yang sudah terpinggir. Dengan rasa penuh keinsafan, ana menyeru para Alawiyyin sekalian, "marilah kita bersatu dibawah PERSATUAN KEBAJIKAN ASYRAAF MALAYSIA (ASYRAAF)". 


Semoga usaha yang kita lakukan ini akan diredhoi oleh Allah swt. Ana mohon pada Allah supaya WEBSITE ini diberkati dan memberi manafaat kepada kita semua. Semoga Allah menjadikan usaha-usaha syabab sekalian semata-mata untuk mencari keredhoanNya di dunia dan diakhirat.


 Kepada Allah sebaik-baik tempat bergantung dan kepada Allah kita memohon rahmat. Ana sudahi ucapan aluan ini dengan mengucapkan "Jazzakumullahkhairan" kepada sekalian yang memberi sokongan kepada mewujudkan Persatuan Kebajikan Asyraaf ini. 


 Wassalam.. Prof. Madya Syed Omar As-Saggaf, AMN


Jawatan kuasa Persatuan Tahun 2006


DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Ibni Syed Sirajuddin Jamalullail
Penaung / Penasihat


Prof. Madya Syed Omar bin Syed Mohamad As-Saggaf AMN - Penang
Presiden

Dato Syed Abu Bakar bin Syed Abdullah Al-Idrus - Terengganu
Naib Presiden

Tuan Syed Mohd Shaiful bin Syed Abdul Aziz Jamalullail - Perlis
Setiausaha Agung

Tuan Syed Mohd Karimy bin Syed Uthman Benyahya - Kuala Lumpur
Pen. Setiausaha Agung

Tuan Syed Ahmad bin Syed Abu Bakar Al-Mahsyoor - Kedah
Bendahari Agung

Tuan Syed Ahmad Fuad bin Syed Zain Benyahya
Pemeriksa kira-kira 1

Tuan Syed Yusof bin Syed Agil Al-Aidid
Pemeriksa kira-kira 2



AJK

Tuan Syed Nasaruddin bin Syed Hadi Al-Baity - Pekan

Tuan Syed Akil bin Syed Abdul Rahman Benyahya - Kuantan

Tuan Syed Mohd bin Syed Omar Al-Hasyimi - Perlis

Tuan Syed Mohamed bin Syed Abu Bakar Ben Sheikh Abu Bakar - Johor Baharu

Tunku Mohsinuddin bin Tunku Mohd Jamil Benshahab - Negeri Sembilan

Tuan Sayed Mohd Al-Bakir bin Tuan Taupik Al-Idrus - Terengganu

Tuan Syed Firdaus bin Syed Kadim Benshahab - Kedah

Tuan Syed Abdul Rahman bin Syed Hussain Al-Kherid - Kuantan

Tuan Syed Mokhtar bin Syed Ahmad Baragbah - Kedah

Tuan Syed Mohamad bin Syed Shaikh As-Saggaf - Perlis